kluster gantung mohd puad zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Sebarang cadangan gabungan Barisan Nasional (BN)-Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan baharu sudah tidak relevan lagi.

Oleh itu, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, perkara itu tidak perlu difikirkan kerana ia membuang masa.

Sebaliknya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu menambah, Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim wajar diberi peluang mentadbir negara sehingga tamat tempoh PRU ke-16.

”Isu PN-BN bergabung jika Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tidak lagi dipimpin oleh Muhyiddin adalah mengarut. Muhyiddin dan Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) sama sahaja. Dua dua suka tikam belakang,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan seorang pemimpin Bersatu yang mendakwa prubahan dalam kepimpinan parti itu mungkin menjadi pemangkin kepada PN untuk menawan semula Putrajaya melalui pakatan baharu dengan BN.

Kata pemimpin Bersatu yang enggan dikenali itu, PN telah terlepas peluang untuk membentuk kerajaan selepas PRU lalu kerana Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas untuk menjadi Perdana Menteri.

“UMNO tahu Muhyiddin mahu menamatkan riwayat parti itu, jadi bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan PN?” menurut dalam parti itu.

Sumber itu berkata, ramai dalam Bersatu percaya UMNO mungkin lebih terbuka untuk bekerjasama dengan mereka jika ia dipimpin oleh pemimpin yang lebih pragmatik seperti Hamzah.

“Bersatu pimpinan Hamzah boleh bekerjasama dengan UMNO dan PAS. Kunci kepada penerimaan UMNO ialah Hamzah, yang tidak mahu ‘membunuh’ UMNO, bukan seperti Muhyiddin,” kata sumber itu yang dipetik FMT.

Mengulas lanjut, Mohd Puad menegaskan, Malaysia tidak perlu pertukaran kerajaan sebelum PRU ke-16 dan sebarang usaha ke arah itu mesti dihalang.

Ini kerana, tambahnya, UMNO bukan ‘pak turut’ dalam kerajaan baharu.

Tetapi UMNO adalah rakan kongsi yang boleh bekerjasama demi rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kerajaan minoriti DAP/PH bukanlah kerajaan yg kuat dan stabil, bila2 sahaja boleh tumbang, people power, ianya dibenarkan oleh sistem demokrasi dan sesuatu yg perlu diraikan.

Comments are closed.