KUALA LUMPUR – UMNO akan mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn, malam ini.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang memberitahu, ia merupakan mesyuarat pertama selepas enam ahli parti itu dilantik menganggotai Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini MKT pertama selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Mohamad Hassan; Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Datuk Seri Azalina Othman Said; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyertai kabinet Anwar,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Menurut Mohd Puad, walaupun UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan, namun ia mesti kekal memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan.
Dalam pada itu, Mohd Puad turut mendesak kerajaan menyegerakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Tabung Haji.
“Kerajaan perlu didesak mendakwa Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; saman isu Batu Putih selain perbicaraan adil untuk bossku (Datuk Seri Najib Razak).
“Perikatan Nasional (PN) tidak boleh bantah kerana ia sesuai dengan tagline PN ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’,” ujarnya.
Katanya, PN mesti terbuka terhadap siasatan terperinci dakwaan salah kelola kewangan pada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri sebelum ini.
“Ini bukan soal balas dendam atau salah guna kuasa. Ini penggiliran mencari kebenaran.
“Dulu, orang lain kena siasat, kini engkau kena siasat. Apadahal. Jangan sloganis,” tambahnya. – MalaysiaGazette
Terimakasih kepada akar umbi Muafakat Nasional/Umno yg telah memberi undi padu kepada calon PN. Bulatkan tekad dan kekal istiqamah dengan PN dlm menghadapi PRU kecil negeri2 yg dijangkakan akan diadakan tidak lama lagi.
kes LCS kapal yang tidak muncul-muncul tu tidak mahu siasat ke? Atau sekarang zahid sudah TPM buat senyap sahaja.
slogan BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT….dengan KAKI RASUAH KLUSTER MAHKAMAH GILA KUASA MUNAFIK DAN PECAH AMANAH