BALIK PULAU – Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur pada Jumaat lalu.
Tertuduh Muhammad Nasrul Afiq Muhamad Ghani,18, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.
Mengikut pertuduhan, lelaki didapati merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun antara jam 1 hingga 1.30 pagi di alamat 284 sebuah kampung di Balik Pulau di sini, pada 22 November lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong tidak menawarkan sebarang jaminan atas faktor mangsa merupakan remaja bawah umur selain kesalahan tertuduh adalah serius.
Hakim tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan sebutan semula kes serta lantikan peguam pada 19 Disember depan. – MalaysiaGazette
















