Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan terhadap skim penipuan pelaburan Zuttelo yang mengakibatkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM84.5 juta sejak Ogos lalu.

Setiausahanya Deputi Komisioner Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, siasatan awal mendapati kegiatan pelaburan Zuttelo aktif pada 2020 sehingga laman sesawang syarikat tersebut ditutup pada Ogos lalu.

“Kes skim penipuan Zuttelo ini kini sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes tersebut disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

ARTIKEL BERKAITAN: Sindiket penipuan pelaburan lebih parah dari dadah

Pada 5 Disember lalu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishammuddin Hashim membuat laporan polis bersama kira-kira 200 individu yang menjadi mangsa penipuan skim pelaburan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Menurut Noorsiah, pihaknya telah menerima 220 berhubung skim pelaburan yang menawarkan sembilan pakej pelaburan dengan jumlah pelaburan antara AS$630 hingga AS$12,700.

“Siasatan juga mendedahkan bahawa setiap pelabur dijanjikan pulangan minima sebanyak 16.5 peratus sebulan kepada pelabur (mangsa),” ujarnya.

Tambah beliau, pelabur yang berminat perlu mendaftar melalui aplikasi www.8liga.net dan mereka diberi pilihan sama ada untuk melabur dalam bentuk tunai atau mata wang kripto. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast