Anggota bomba terpaksa menggunakan tali untuk menyelamatkan lelaki yang terkandas di Sungai Balak akibat kepala air.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang terkandas daripada menyeberang sungai akibat kepala air di Sungai Balak, Batang Kali berjaya diselamatkan pagi tadi.

Operasi tersebut diketuai Mohd Yusog Md Ali selepas Balai Bomba Kuala Kubu Bharu menerima panggilan jam 8.29 pagi.

Semasa kejadian, lelaki berusia 34 tahun itu sedang memancing.

Lelaki itu diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. – MalaysiaGazette