JERANTUT – Seekor rusa tersesat di tepi jalan berdekatan Taman Koperasi dan di pinggir tembok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerantut di sini hari ini menjadi tumpuan penduduk.

Salah seorang daripada mereka, Mohd Najmi Roselan, 28 yang sempat merakam keadaan rusa tersebut dan percayai haiwan berkenaan sama ada tersesat dan mungkin terlepas daripada kandang pemiliknya.

Dia yang baru balik dari bandar Jerantut tengahari tadi terkejut melihat gelagat haiwan itu yang berlari tenang di kawasan Taman Koperasi dan kemudian melintas jalan raya.

“Menariknya ketika itu semua kenderaan bergerak perlahan, mungkin pemandu teruja melihat haiwan eksotik itu melintas jalan dan menyusuri tepi tembok pagar SMK Jerantut kemudian menghala ke kawasan Taman Teratai.

“Saya cuba mengikuti sambil merakam tetapi rusa itu terus menghala ke depan dan masuk ke kebun getah berdekatan kem tentera. Rusa itu masuk ke dalam kebun getah dan hilang dari pandangan saya,” katanya.

Di media sosial, ada netizen berjenaka yang rusa itu hadir kerana menjelang sambutan Hari Krismas namun kehadirannya masih terlalu awal.

Malah tidak terkecuali ada yang memuatnaik menyatakan rusa berkenaan boleh dijadikan lauk selain mengaitkan sebagai tanda mungkin Pahang dilanda banjir besar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast