Sulaiman Md Ali

MELAKA – Penjawat awam di Melaka bakal menerima dua bantuan khas kewangan bermula bulan ini sehingga April tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pemberian itu meliputi 5,000 penjawat awam di negeri yang melibatkan implikasi kewangan hampir RM10 juta.

Menurutnya, bantuan khas pertama berjumlah RM700 akan dibayar pada bulan ini sebagai menghargai peranan semua 5,000 penjawat awam negeri yang banyak membantu menaikkan imej Melaka.

“Keduanya, mereka akan menerima bayaran setengah bulan gaji yang mana pembayarannya akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada Februari dan April tahun depan.

“Ini juga akan membantu meringankan beban penjawat awam kerana kedua-dua tempoh itu adalah ianya adalah pada waktu permulaan sekolah dan sambutan Hari Raya Aidilfitri,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membentangkan Bajet Melaka 2023 pada pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di Seri Negeri di sini hari ini.

Terdahulu, ketika membentangkan Bajet Melaka di Dewan Persidangan DUN, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu turut mengumumkan gantian cuti rehat bagi penjawat awam bertaraf tetap berumur 45 tahun ke atas.

“Gantian Cuti Rehat, bagi penjawat awam bertaraf tetap berumur 45 tahun ke atas ini akan melibatkan implikasi kewangan bernilai hampir RM2 juta,” katanya. – MalaysiaGazette.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast