Saksi yang merupakan bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu hadir untuk perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 22 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan ke-41, Joanna Yu Ging Ping dalam kes perbicaraan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Razak mengaku dia mempunyai anggapan dan persepsi bahawa seorang Perdana Menteri kemungkinan tidak akan bertemu dengan ‘orang biasa’ sepertinya.

Disebabkan itu, mungkin Najib melantik seorang pemegang amanah untuk mengendalikan akaun peribadinya.

Kata bekas Pegawai Perhubungan Ambank, pada anggapannya Najib hanya akan berurusan dengan individu seperti Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah Urusan Kumpulan Ambank ketika itu, Cheah Tek Kuang.

Joanna juga memberitahu mahkamah, sepanjang kariernya sebagai pegawai bank, Najib adalah satu-satunya individu melantik pemegang amanah bagi akaun tersebut.

“Pada anggapan saya, individu seperti Perdana Menteri (Najib) semestinya sangat sibuk dan tidak akan ada masa untuk bertemu dengan orang biasa seperti saya. Saya anggap beliau mempunyai protokol dan mengikut protokol dengan hanya pegawai atasan sahaja yang boleh bertemu beliau.

“Oleh itu saya hanya berurusan dengan Taek Kuang dan Jho Low sahaja,” katanya ketika sesi pemeriksaan balas di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Bagaimanapun ketika Muhammad Shafee bertanya kepadanya adakah beliau cuba berhubung dengan Najib berhubung transaksi-transaksi yang dilakukan pihak lain, saksi berkata tidak dengan alasan kemungkinan tertuduh tidak akan melayannya.

Joanna juga mengakui dirinya telah mendapat arahan supaya tidak menghantar semua penyata akaun kad kredit Najib tidak dihantar ke Pejabat Perdana Menteri ketika itu namun tidak mendedahkan siapakah yang mengeluarkan arahan itu.

Hakim kemudian menangguhkan prosiding sehingga 27 Januari tahun depan.

Najib sedang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. DAH TERANG LAGI BERSULUH SEMUA YANG BERLAKU ADALAH KONSPIRASI JAHAT UNTUK MENGANIAYA DATO SERI MOHD NAJIB RAZAK HARAP TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL DEMI KEADILAN BUAT D.S NAJIB RAZAK DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Comments are closed.