SHAH ALAM – Keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu mendapat ganti rugi RM5 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini berhubung kematian wanita itu pada 2006.
Ini selepas Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan saman yang difailkan oleh ibu bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu mereka Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga terhadap dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar serta Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia.
Artikel berkaitan:
“Saya dapati plaintif telah berjaya membuktikan kes mereka terhadap defendan pertama (Azilah), kedua (Sirul) dan ketiga (Abdul Razak).
Plaintif memfailkan saman itu pada 4 Jun 2007 mendakwa kematian model itu telah menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi dan memohon mereka dibayar pampasan serta ganti rugi teladan dan teruk.
— BERNAMA