Bapa kepada Altantuya Shaariibuu, Setev Shaariibuu (kiri) bersama peguambela, Ram Karpal Singh (kanan) sebaik tiba untuk mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 19 JUN 2018
Bapa kepada Altantuya Shaariibuu, Setev Shaariibuu (kiri) bersama peguambela, Ram Karpal Singh (kanan) sebaik tiba untuk mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 19 JUN 2018

PUTRAJAYA – Setev Shaariibuu bapa kepada mendiang Altantuya Shaariibuu bertemu Peguam Negara, Tommy Thomas di Jabatan Peguam Negara kira-kira 2.30 petang tadi.

Beliau tiba bersama peguamnya Ramkarpal Singh dan Sanggeeth Kaur.

Kira-kira 30 pengamal media menunggu untuk membuat liputan kehadiran Setev .

Peguam Ramkarpal berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media selepas pertemuan dengan Tommy Thomas selesai.

Altantuya dibunuh antara 19 hinga 20 Oktober 2006. Mendiang yang berusia 28 tahun ketika itu ditembak di kepala sebanyak 2 kali, sebelum mayatnya dililit bahan letupan gred tentera dan diletupkan di dalam hutan. Motif jenayah dan dalang pembunuhan itu sehingga kini tidak diketahui.

Pembunuh terbabit, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, adalah anggota Unit Tindakan Khas yang menyediakan khidmat pengawal peribadi kepada pemimpin tertinggi negara.

Kedua-duanya disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Bagaimanapun, Sirul melarikan diri ke Australia sebelum mahkamah membuat keputusan terakhir dan kemudian ditahan di Sydney hampir 2 tahun. – MalaysiaGazette

BACA: http://malaysiagazette.com/blog/2018/06/19/bapa-altantuya-jumpa-pm-esok/

BACA: http://malaysiagazette.com/blog/2018/06/08/130116/

BACA: http://malaysiagazette.com/blog/2018/06/08/batal-hukuman-gantung-bawa-sirul-balik/