KUALA LUMPUR – Dua daripada mangsa tanah runtuh di Jalan Batang Kali, Genting Highlands dekat sini dilaporkan maut.
Bagaimanapun polis masih belum mengesahkan identiti kedua-dua mangsa, lapor Awani.
Difahamkan, jumlah mangsa seramai 79 orang termasuk 15 pekerja tapak perkhemahan.
Seramai 37 orang diselamatkan di tapak perkhemahan berhampiran Gohtong Jaya berikutan tanah runtuh berhampiran sebuah ladang organik awal pagi ini.
Maklumat dikemaskini setakat pukul 7 pagi tadi, sejumlah 79 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku.
Seramai 23 orang dalam keadaan selamat, dua orang meninggal dunia, tiga orang cedera dan 51 orang masih tidak ditemui.
Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, PDRM, APM, KKM dan Pasukan SMART.
Terdahulu, menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.
Bomba Selangor kini sedang menjalankan operasi menjejaki puluhan lagi mangsa yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Tanah runtuh Batang Kali: 37 berjaya diselamatkan, operasi cari mangsa diteruskan