KUALA LUMPUR – Seramai 37 orang diselamatkan di tapak perkhemahan berhampiran Gohtong Jaya berikutan tanah runtuh berhampiran sebuah ladang organik awal pagi ini.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.

Bomba Selangor kini sedang menjalankan operasi menjejaki puluhan lagi mangsa yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette