Gambar hiasan

PHOENIX – Sekurang-kurangnya 36 orang cedera dan 11 parah selepas pesawat Hawaiian Airlines yang dalam perjalanan ke Honolulu dari Phoenix mengharungi pergolakan udara.

Insiden berlaku sejurus sebelum pesawat yang membawa 278 penumpang dan 10 anak kapal mendarat semalam.

Seramai 20 orang yang mengalami kecederaan seperti luka dan lebam malan terdapat penumpang tidak sedarkan diri akibat kecederaan kepala dan mereka dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Penerbangan HA35 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K. Inouye pada jam 10.50 pagi waktu tempatan (20:50 GMT).

Menurut kenyataan Hawaiian Airlines, penumpang dan anak kapal yang mengalami cedera ringan diberi rawatan di lapangan terbang dan terdapat penumpang dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Daripada 20 orang yang dibawa ke hospital, seramai 17 orang adalah penumpang dan tiga adalah anak kapal.

Seorang kanak-kanak berumur 14 bulan dan seorang remaja adalah antara mangsa.

Syarikat penerbangan itu berkata, ia sedang menjalankan pemeriksaan ke atas pesawat Airbus, A330 itu sebelum ia kembali beroperasi. -Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast