asyraf tommy thomas usul undi percaya
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan, secara asasnya, tiada keperluan untuk mengadakan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, pemilihan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pagi tadi menyaksikan calon kerajaan mendapat 147 undi manakala calon pembangkang mendapat 74 undi dan seorang Ahli Parlimen tidak hadir.

“Pemilihan Yang di-Pertua adalah aturan pertama dalam sidang Dewan Rakyat yang boleh dianggap juga sebagai ‘implied vote of confidence’ atau suatu bentuk undi percaya yang bersifat tersirat.

“Walau bagaimanapun, Perdana Menteri tetap mahu mengadakan usul undi percaya yang dijangkakan akan berjalan di sebelah petang selepas aturan sidang mengangkat sumpah Ahli-ahli Parlimen,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi Parlimen Kelima Belas.

Pembangkang mencadangkan bekas Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. mana pergi DALIL atau FAKTA 10 sebab UMNO menentang DAPIGS yang dilaungkan Ketua KECUT UMNO ini sebelum ini….akhirnya jadi AUTA dan lebih manis jadi MUNAFIKUN

    sekarang ini jadi HERO TAMIL….BOLEH LANTIK jadi TIMB SPEAKER

  2. SEKIRANYA benar-benar yakin akan sokongan dari rakan sejawat, tidak perlu minta tandatangan apa-apa MOU pun.

    Sokongan akan lahir dari keyakinan dan kepercayaan yang tulus dan ikhlas, bukan secara ‘arahan’ dan terma-terma yang tidak masuk akal.

    Keluarbiasaan ini belum pernah dibuat atau berlaku sejak negara mencapai Kemerdekaan lebih 60 tahun lalu.

    Sebelum ini sangat konfiden dengan ‘Numbers’, ‘Letters’ dan ‘Statutory Declarations’ tetapi rupa-rupa kurang konfiden menghadapi ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat untuk menguji sokongan mereka terhadap beliau. …..SAYA ULANG…SAYA ULANG…SAYA ULANG

  3. Kenapa dulu tidak mengorat,
    Baru senang untuk dapat,
    Dulu kamu kata UMNO kleptokrat,
    Kini boleh berpeluk erat.

    Bila sudah berpeluk erat,
    Lupa dunia lupa akhirat,
    Paling penting apa aku dapat,
    Selamat di dunia belum tentu di akhirat.

  4. Bila sudah berpeluk erat,
    Lupa dunia lupa akhirat,
    Paling penting apa aku dapat,
    Selamat di dunia belum tentu di akhirat.

    agak² pantunni sesuai tak untuk geng2 PN? sebab bila bab PN ni selalunya matlamat akan menghalalkan cara.

  5. memang tak perlu undi percaya pun . tapi muhyidin nak tengok juga siapa yang sokong pm nuar ni . pak din tak yakin nuar layak jadi pm berbanding dengan dia yang bersih zahir batin . apa lagi pak din dapat sokongan islam pas yang tahu siapa ahli syurga neraka masa hidup lagi dah .

Comments are closed.