Logo Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihati berhenti menularkan video tiga beradik yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Tumpat, Kelantan semalam bagi menghormati mangsa dan privasi keluarga mangsa serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, pihaknya telah mengambil langkah proaktif mengangkat perkara ini untuk perhatian dan tindakan selanjutnya daripada penyedia platform seperti Meta, Twitter dan TikTok dalam usaha mengekang penularan video yang berkaitan.

Orang awam digalakkan untuk sentiasa mengawal selia kendiri dan peka tentang kandungan yang mereka terima atau di kongsi secara dalam talian, sama ada
melalui aplikasi Whatsapp ataupun rakaman video di media sosial.

Bagi menghentikan penularan video seperti tersebut, pengguna media sosial juga digalakkan untuk membuat laporan secara terus terhadap kandungan yang
sensitif dan tidak sesuai untuk tatapan umum kepada penyedia platform. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast