KUALA LUMPUR – Vantage RE Ltd. (Vantage RE), anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menandatangani kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) dengan BELECTRIC GmbH (BELECTRIC) untuk pembinaan dan pentauliahan ladang solar 102MW di United Kingdom (UK), baru-baru ini.
Projek itu juga termasuk pilihan untuk membangunkan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) 65MW setempat dan berupaya meningkatkan aliran hasil TNB melalui penyertaan dalam perkhidmatan sampingan dan pasaran kapasiti.
Pelaburan ini adalah satu pencapaian penting bagi TNB sempena pengluasan penglibatannya dalam pembangunan Tenaga Boleh Baharuv(TBB) di United Kingdom.
Ladang solar tersebut dijangka mencapai tarikh operasi komersial (COD) menjelang S1 2024.
Apabila beroperasi kelak, ladang yang dibangunkan di dua lokasi itu dijangka memberikan hasil jangka panjang yang stabil di bawah skim subsidi Contract-for-Difference (CfD) selama 15 tahun, yang telah diperolehi pada Julai 2022.
Pasukan Vantage RE akan memantau pelaksanaan projek ini yang bakal menjana tenaga bersih dalam memenuhi keperluan tahunan 37,000 kediaman, serta menghindari pelepasan lebih 46,750 tan karbon dioksida (CO2) berbanding penjanaan bahan api fosil.
Kedua-dua tapak juga menawarkan peluang inisiatif terhadap alam sekitar yang menggalakkan faedah kepelbagaian biodiversiti, sekali gusvmenyokong agenda biodiversiti TNB yang lebih luas.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, pelaburan ini telah meningkatkan kapasiti TBB TNB di UK kepada 632MW,vpertumbuhan ketara 61% dalam kapasiti MW sejak pelancaran Vantage RE pada Julai 2021.
Untuk pencapaian tahunan hingga kini bagi Suku Ketiga Tahun 2022, sumbangan EBITDA (Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan) daripada portfolio TBB UK S.A. 2022/12/22_96 (HQ) telah meningkat sebanyak 31.7% tahun-ke-tahun kepada GBP55.6 juta, menandakan
prestasi kewangan yang sihat secara berterusan melalui pendekatan pengurusan aset yang aktif oleh TNB.
“TNB berbesar hati dapat bekerjasama dengan BELECTRIC sambil TNB mengembangkan portfolio penjanaan tenaga solarnya di UK, meneruskan kemaraan dalam usaha Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di peringkat global demi mencapai pelepasan sifar karbon menjelangv2050, seperti yang digariskan dalam Hala Tuju Kelestarian TNB.
”Pengalaman dan kepakaran kami dalam membangunkan ladang solar di Malaysia melalui projek solar berskala besar (LSS) penting dalam memastikan projek ini berjaya, seterusnya mengukuhkan kehadiran kami dalam lapangan TBB UK,” katanya.
Malah, katanya, ia adalah langkah penting ke arah perniagaan TNB yang kalis masa depan dalam peralihannya kepada ekonomi hijau dan memastikan iavterus menjaga kepentingan nilai pemegang sahamnya.
Penglibatan dalam kegiatan pembangunan greenfield bagi penjanaan tenaga hijau ini adalah sejajar dengan aspirasi TNBvuntuk menjadi penyedia tenaga mampan global.
”Pelaburan ini telah meningkatkan kapasiti TBB TNB di UK kepada 632MW, pertumbuhan ketara 61% dalam kapasiti MW sejak pelancaran Vantage RE pada Julai 2021,” katanya. – MalaysiaGazette