Harimau Malaya
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Semua kediaman di Putrajaya yang berharga bawah RM300,000 diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah cukai taksiran yang dikenakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan itu dibuat selepas mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di kawasan berkenaan bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitar.

“Pengurangan ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutamanya yang melibatkan golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jelasnya, potongan sebanyak 30 peratus itu diberikan kepada premis kediaman yang telah siap dibina pada 2017 sehingga kini melibatkan hampir 8,500 buah kediaman.

Tambah beliau, pengurangan cukai taksiran akan mula berkuatkuasa mulai 1 Januari depan sehingga penilaian semula dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya. – MalaysiaGazette