KUALA LUMPUR – Hujan sangat lebat berterusan (bahaya) dijangka berlaku di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Manakala hujan lebat berterusan (buruk) pula diramal berlaku di Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Sarawak pada tempoh sama.
Hujan berterusan (waspada) pula Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, Sarawak esok,
Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta Labuan sehingga Isnin, 26 Disember 2022.
Dalam pada itu, amaran hujan lebat (Peringkat Kuning) untuk Pahang (Kuantan); Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) kini ditamatkan.
Amaran Hujan lebat (Peringkat Jingga) untuk Pahang (Pekan dan Rompin); Johor (Mersing dan Kota Tinggi) turut ditamatkan.
Menurut jabatan itu, amaran hujan berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.
Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam dan amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – MalaysiaGazette