Kapten Norazman Mahmud

KUALA LUMPUR – Kapten Norazman Mahmud dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) baharu, berkuatkuasa 1 Januari 2023.

Pelantikan ini susulan peletakan jawatan Datuk Kapten Chester Voo, kata Pengerusi CAAM, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abdul Rahman.

Norazman mempunyai pengalaman luas selama lebih 30 tahun dalam industri penerbangan dan pernah berkhidmat di syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Berhad sebelum menyertai CAAM pada tahun 2020 sebagai Pengarah Bahagian Operasi Penerbangan.

”Kecemerlangan kerjaya beliau termasuklah menjadi juruterbang pelbagai jenis pesawat Boeing dan Airbus malah beliau merupakan juruterbang pertama di Malaysia yang diiktiraf bagi pesawat Airbus A350.

”Beliau ketika ini merupakan Timbalan CEO (Kawal Selia) CAAM dan berperanan penting membantu proses transformasi menyeluruh CAAM dalam tempoh dua tahun yang lalu,” kata Mohd Khairul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast