KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik ialah Ahmad Farhan Fauzi dan saudara Chan Ming Kai.
Majlis angkat sumpah simpan rahsia berlangsung di Putrajaya hari ini.
”Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” kata Perdana Menteri.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Shamsul Iskandar adalaha bekas Ketua Penerangan PKR, juga bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya yang kemudian bertanding di Bagan Datuk.
Chan pula menjadi Ahli Parlimen Alor Setar dari 2018 hingga 2022. – MalaysiaGazette
Yang sepatutnya dan lebih baik lagi Adam Adli jadi Setpol dan shamsil iskandar jadi timbalan menteri atau shamsul dilantik J-COMM di JPM.