KUALA LUMPUR – ”Baguslah jika ramai pemimpin UMNO yang berazam untuk kekal dalam UMNO dan mahu membaiki UMNO bila sudah tidak berjawatan,” kata Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.
Selar beliau, sepatutnya mereka ini melakukannya sejak UMNO hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Tetapi dakwa beliau, mereka tidak berbuat apa-apa pun, bahkan hampir merosakkan parti itu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu mendakwa, antara kesalahan besar mereka ialah suka buat keputusan sendiri, tidak ikut keputusan parti dan mewujudkan kluster sendiri.
Tindak-tanduk ini tidak membantu parti yang ketika itu cuba dibunuh.
Katanya, ada caranya kalau mahu memulihkan UMNO dengan taat keputusan parti.
Jangan memandai buat keputusan sendiri, usah buat akaun bersumpah sendiri dan ikut resam padi.
”Sebagai pemimpin buat cara memimpin. Bila sudah jadi ahli biasa, buatlah cari ahli biasa pula,” katanya. – MalaysiaGazette