Cristiano Ronaldo. Foto The Athletic.

BERLIN – Kelab bola sepak Arab Saudi Al Nassr FC masih menunggu keputusan bintang sensasi Cristiano Ronaldo sama ada bersetuju untuk menyertai kelab berkenaan, kata pengarahnya Marcelo Salazar, lapor STATS Perform/dpa.

Ronaldo, 37, pada November lalu telah pun meninggalkan kelab Manchester United.

Al Nassr mula mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat pemain itu sejak awal Disember dan setakat ini belum ada sebarang perjanjian mengenai perkara itu dimuktamadkan.

“Saya tidak boleh mengatakan ya atau tidak setakat ini. Kita tunggu dan lihat hasilnya bagaimana menjelang penghujung tahun.

“Seperti yang anda saksikan, ini rundingan yang sangat besar, bukan sahaja untuk kelab, tetapi untuk negara dan bola sepak dunia dan perlu dikendalikan oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi,” katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast