[videopress kyyolUvm]

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara organisasi yang telah mengorak langkah mengubah landskap sebagai Peneraju Institusi Tabung Pendidikan Tinggi Utama Negara dengan menyediakan instrumen simpanan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).Hasrat PTPTN adalah untuk membantu masyarakat Malaysia agar tidak terbeban dengan hutang tetapi turut mengamalkan perancangan kewangan dan penabungan pendidikan sedari awal, baik dan teratur demi masa depan pendidikan anak-anak.

Secara tidak langsung, melalui perancangan kewangan yang lebih awal ini, graduan pada masa hadapan tidak terlalu bergantung kepada pinjaman pendidikan sekali gus tidak terbeban untuk melunaskan hutang pinjaman mereka. Malah gaji yang diterima boleh digunakan untuk membeli rumah, simpanan hari tua dan merancang untuk pendidikan kewangan anak-anak mereka pula.

Namun berhadapan dengan kemunculan pelbagai instrumen simpanan, mampukah produk PTPTN kekal relevan dan menjadi pilihan masyarakat?

Jawapannya sudah tentu kerana Simpan SSPN Prime menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat seperti berikut:

  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000.00 setahun;
  2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;
  3. Dividen yang kompetitif;
  4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak;
  5. Simpanan dijamin kerajaan; dan
  6. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

Keistimewaan Simpan SSPN Plus adalah sama seperti Simpan SSPN Prime kecuali tidak layak Geran Sepadan. Walau bagaimanapun, Simpan SSPN Plus mempunyai komitmen bulanan serendah RM30 sebulan.  Apa yang menarik, Simpan SSPN Plus menawarkan keistimewaan tambahan yang lebih baik dari segi manfaat perlindungan takaful dengan tiga pilihan syarikat pengendali takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad, Great Eastern Takaful dan Takaful Ikhlas Family Berhad.

Keistimewaan tambahan yang ditawarkan adalah:

  1. Perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih;
  2. Manfaat penyakit terminal sehingga RM200,000.00;
  3. Manfaat penghantaran balik jenazah sehingga RM10,000.00;
  4. Tuntutan rawatan pesakit luar akibat kemalangan sehingga RM3,000.00;
  5. Manfaat Khairat Kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih;
  6. Manfaat Takaful Penyakit Kritikal;
  7. Elaun Kemasukkan Hospital; dan
  8. Perlindungan takaful sehingga umur pendeposit mencapai 69 tahun tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful.

PTPTN juga sentiasa berusaha menarik perhatian pendeposit untuk tidak melepaskan peluang bagi menikmati setiap keistimewaan yang ditawarkan. Pelbagai kempen atau promosi diadakan sebagai salah satu alternatif untuk masyarakat Malaysia terus membudayakan amalan penabungan di samping memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan.

Tahukah anda Simpan SSPN merupakan satu-satunya pelan simpanan yang diberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun. Terdapat dua kategori kelayakan iaitu taksiran berasingan yang memberi pelepasan cukai maksimum RM8,000 setahun untuk setiap suami dan isteri, manakala taksiran bersama pula menawarkan pelepasan cukai maksimum RM8,000 setahun untuk satu pasangan.

Jika pendeposit (suami isteri) membuat taksiran cukai secara berasingan, mereka boleh membuka akaun berasingan untuk anak yang sama agar dapat menikmati pelepasan taksiran cukai maksimum sehingga RM8,000 seorang.

Ibu bapa yang membuat simpanan di dalam Simpan SSPN Plus sebenarnya layak menerima pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM11,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi simpanan bersih di dalam Simpan SSPN dan RM3,000 bagi caruman takaful. Bagi pendeposit yang memilih skim pencen pula layak menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM15,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi simpanan bersih dalam Simpan SSPN dan RM7,000 bagi caruman takaful.

Insentif pelepasan taksiran cukai ini diberikan berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa, iaitu simpanan yang telah ditolak pengeluaran. Dengan pelepasan taksiran cukai ini dan juga kadar dividen yang diberikan, pendeposit Simpan SSPN sebenarnya mendapat keuntungan lebih dari 3% tertakluk kepada kadar cukai yang dikenakan.

Sehubungan itu, masyarakat Malaysia dinasihatkan segera membuat pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN agar berpeluang mendapat pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun atas simpan bersih bagi tahun 2022 yang tidak ditawarkan di institusi penabungan yang lain.

Jika dilihat trend pada masa kini, institusi kewangan lain juga banyak menggunakan kaedah pemberian hadiah sebagi daya tarikan kepada produk mereka. PTPTN juga tidak ketinggalan dan sentiasa berdaya saing dan sebaris dengan institusi kewangan lain.

Setiap tahun PTPTN mempelbagaikan hadiah cabutan yang ditawarkan sebagai salah satu usaha untuk memenuhi kehendak pelanggan PTPTN.

Kempen Cabutan WOW! merupakan program signature tahunan PTPTN.  Dengan tawaran hadiah yang lumayan setiap tahun, cabutan hadiah ini sememangnya dinantikan oleh pendeposit Simpan SSPN.

Sebelum ini Kempen Cabutan WOW! diadakan khas untuk pendeposit Simpan SSPN Plus sahaja, namun kini cabutan ini turut diperluaskan kepada pendeposit Simpan SSPN Prime.

Inilah tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit Simpan SSPN. Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN ini juga merupakan simbolik bagi meraikan kejayaan dalam memperkasakan amalan penabungan sempena Jubli Perak 25 tahun penubuhan PTPTN.

Hadiah yang ditawarkan juga cukup menarik dan lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM1 Juta menanti 350 orang pemenang. Terdiri daripada tiga kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri.

Hadiah utama Cabutan Tahunan Jubli Perak berupa kereta Mercedes-Benz C200 Avantgarde. Hadiah kedua berupa wang tunai RM100,000. Hadiah ketiga berupa wang tunai RM50,000. Manakala hadiah saguhati berupa motosikal Honda RS150R menanti 22 pemenang. Hadiah Cabutan Khas Babyku Simpan berupa wang tunai RM250,000 menanti 250 pemenang. Hadiah Cabutan Siri pula berupa wang tunai hampir RM200,000 menanti 75 pemenang. Tempoh promosi bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2022.

PTPTN menggalakkan semua masyarakat Malaysia mempunyai satu akaun Simpan SSPN untuk satu keluarga kerana terdapat pelbagai keistimewaan dan manfaat yang ditawarkan melalui simpanan ini.

Kepada ibu bapa di luar sana yang masih tercari-cari pakej simpanan yang terbaik, teruskan menyimpan, bukalah akaun dengan Simpan SSPN. Pembukaan atau penambahan akaun Simpan SSPN boleh dibuat dengan mudah, cepat dan selamat melalui aplikasi mobile apps PTPTN iaitu myPTPTN.

Jangan lupa untuk rebut peluang pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 yang akan berakhir pada 31 Disember 2022. Masih belum terlambat, jadilah ibu bapa yang bijak untuk membuat perancangan kewangan yang terbaik untuk anak-anak.

Oleh itu, ibu bapa yang berhasrat untuk melihat anak-anak menjejak kaki ke menara gading menabunglah daripada usia anak masih kecil lagi. Jadilah superhero anak anda yang terbaik. Inilah Peluang Kejayaan Anda.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast