Masa depan anak-anak haruslah menjadi keutamaan ibu bapa. Pendidikan yang sempurna merupakan salah satu faktor pendorong bagi menjamin masa depan mereka.

Ketahuilah banyak kelebihan dan keistimewaan apabila menabung di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jadilah Simpan SSPN sebagai simpanan utama dalam merancang masa depan anak-anak, kerana ianya merupakan satu-satunya pelan simpanan yang diberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun.

Terdapat dua kategori kelayakan iaitu taksiran berasingan yang memberi pelepasan cukai maksimum RM8,000 setahun untuk setiap suami dan isteri, manakala taksiran bersama pula menawarkan pelepasan cukai maksimum RM8,000 setahun untuk satu pasangan.

Jika pendeposit (suami isteri) membuat taksiran cukai secara berasingan, mereka boleh membuka akaun berasingan untuk anak yang sama agar dapat menikmati pelepasan taksiran cukai maksimum sehingga RM8,000 seorang.

Justeru, ibu bapa perlu mempunyai perancangan kewangan sejak awal agar usaha menimba ilmu ke peringkat pendidikan tinggi tidak terhenti disebabkan oleh masalah kewangan bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna.

Selain dapat pelepasan taksiran cukai, anda juga berpeluang menyertai Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN dan memenangi pelbagai hadiah menarik.

Jom simpan bersama Simpan SSPN sekarang!