Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin

KUANTAN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang bagi penggal ke-15, berkuat kuasa hari ini.

Mohd Sharkar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menggantikan Datuk Seri Ishak Muhammad.

Manakala ADUN Bilut, Lee Chin Chen dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Muhamed Jaafar.

Usul pelantikan tersebut dilakukan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy dan disokong Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak.

Seramai 42 ADUN Pahang mengangkat sumpah pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Negeri Pahang ke-15 bagi tempoh 2022 hingga 2027. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast