Pihak polis serta JPJ sedang melakukan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal yang melalui di Jambatan Pulau Pinang awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Sebanyak 17 motosikal disita di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menerusi Ops Ambang Tahun Baharu di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang di sini malam tadi.

Operasi bersepadu melibatkan pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) itu dilakukan bermula jam 9 malam hingga 2 pagi tadi.

Polis Pulau Pinang dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, sebanyak 17 motosikal disita, selain 187 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi operasi tersebut.

Pihak JAS turut melakukan pemeriksaan ke atas ekzos penunggang motosikal tersebut.

“Dalam operasi sama JPJ turut mengeluarkan 150 saman atas pelbagai kesalahan.

“Manakala JAS pula mengeluarkan notis di bawah Sek 48A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Ujian Bunyi) terhadap 10 kenderaan,”katanya hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast