bursa ringgit
Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama pada 2023 dengan ditutup rendah apabila indeks utama turun 1.44 peratus disebabkan oleh aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan baru-baru ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 21.50 mata atau 1.44 peratus kepada 1,473.99 daripada paras penutup 1,495.49 pada Jumaat minggu lepas.

Petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 6.95 mata kepada 1,488.54 dan bergerak antara paras 1,473.80 dan 1,488.54 sepanjang hari dagangan.

Pasaran ditutup pada Isnin sempena cuti ganti bagi cuti umum Tahun Baharu yang jatuh pada Ahad.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.72 bilion unit bernilai RM1.47 bilion daripada 2.43 bilion unit bernilai RM2.51 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Rakuten Trade Sdn Bhd percaya prospek bagi bursa tempatan kekal positif berikutan penilaian menarik dan sokongan berterusan daripada institusi tempatan meskipun aktiviti pengambilan untung, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuitinya Thong Pak Leng.

“Kami melihat aktiviti pengambilan untung sebagai peluang yang baik untuk membeli saham berharga rendah. Bagi minggu ini, kami menjangkakan FBM KLCI berada antara paras 1,470 dan 1,490, dengan paras sokongan segera pada 1,460 dan paras ketahanan pada 1,500,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat satu sen kepada RM8.71, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.60, Public Bank turun empat sen kepada RM4.28, CIMB susut 10 sen kepada RM5.70 dan TNB jatuh 33 sen kepada RM9.30.

Bagi kaunter cergas, ACE Market debutant L&P Global yang memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE melonjak 24.5 sen kepada 54.5 sen, Citaglobal naik empat sen kepada 33 sen, Cypark Resources meningkat lima sen kepada 52 sen, manakala MMAG dan Borneo Oil kedua-duanya turun setengah sen masing-masing kepada dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 114.20 mata kepada 10,587.35, Indeks FBMT 100 turun 118.38 mata kepada 10,301.42 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 141.72 mata kepada 10,796.83.

Indeks FBM 70 turun 11.23 mata kepada 13,003.79 dan Indeks FBM ACE meningkat 28.82 mata kepada 5,337.15.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 142.02 mata kepada 16,359.29, Indeks Perladangan susut 110.85 mata kepada 6,973.83, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.12 mata kepada 181.90 dan Indeks Tenaga melonjak 5.16 mata kepada 781.35.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.64 bilion saham bernilai RM1.01 bilion daripada 1.50 bilion saham bernilai RM2.20 billion.

Jumlah dagangan naik kepada 501.32 juta unit bernilai RM118.68 juta berbanding 370.58 juta unit bernilai RM73.08 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 1.57 bilion saham bernilai RM340.32 juta daripada 563.76 juta saham bernilai RM239.11 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 243.21 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (790.07 juta); pembinaan (29.94 juta); teknologi (170.86 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (56.23 juta); hartanah (61.42 juta); perladangan (22.89 juta); REITs (6.07 juta), dana tertutup (13,500); tenaga (93.74 juta); penjagaan kesihatan (97.79 juta); telekomunikasi dan media (21.02 juta); pengangkutan dan logistik (39.74 juta) dan utiliti (11.54 juta). – BERNAMA