KUALA LUMPUR – Pelantikan Farhash Wafa Salvador sebagai Pengerusi 7-Eleven dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Apex Equity bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik di dalam negara ini.
Ahli Parlimen Ketereh, Mejar Jeneral Datuk Khlir Mohd Nor (B) mempersoalkan tindakan itu sambil menyifatkannya sebagai jijik dan dipandang serong.
“Kesemua ini berlaku dalam masa sebulan lebih sahaja setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.
“Mana pergi janji-janji yang dilaungkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk tata kelola yang baik dan integriti dalam mentadbir negara?
“Pelantikan Farhash bukti agenda reformasi yang dilaungkan oleh PH dan Anwar sekian lama adalah bohong dan taktik politik untuk memperdaya pengundi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd mengumumkan Farhash sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa semalam.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menjelaskan, Farhash menggantikan Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi untuk meneruskan minat lain.
Yeong Ching, anak kepada pemegang saham utama 7-Eleven, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dengan 41.8 peratus kepentingan dilantik ke lembaga pengarah kumpulan itu sebagai Pengerusi, Pengarah Bukan Eksekutif bukan bebas pada 25 November 2021.
7-Eleven dalam kenyataan berkata, Farhash membawa pengalaman bernilai lebih sedekad dalam bidang perniagaan, perundingan dan khidmat nasihat.
Dalam pada itu, Bersatu menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak terus membisu dalam isu jawatan-jawatan baharu Farhash dan menjelaskan kepada rakyat bagaimana ia konsisten kepada konsep reformasi dan tata kelola yang baik.
“Majlis Pimpinan Tertinggi PH yang selama ini telah mencanangkan nilai-nilai ini untuk bertahun-tahun semasa menjadi pembangkang, juga wajib menjelaskan pendirian mereka atas jawatan-jawatan Farhash ini.
“Paling penting, apakah Anwar selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri akan memberitahu rakyat jika ada lagi pelantikan seperti ini, sama ada melibatkan Farhash atau sekutu-sekutu rapat Anwar lain bakal diumumkan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Laaaa bodohnya..patut kau pertikaikan perlantikan Hj Hadi sebagai Duta Bertaraf Menteri yg makan gaji buta…tak bawa satu sen pelaburan Asia Barat pun ke Malaysia…Yg Farhas tu dilantik oleh swasta..bukan jawatan GLC kaa..jawatan Duta bertaraf menteri kaa…suka hati mrk lah nak lantik sape2..nama pun swasta..buka harta mak bapak ko..bodoh PAS PN ni..kerja dia fitnaaaahhhh jer laa