Kompaun dikeluarkan MPK

KUALA LUMPUR – Pemilik kenderaan bermotor dinasihatkan meletakkannya di lokasi disediakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi mengelakkan tindakan kompaun atau tunda dilakukan.

Pengarah Komunikasi Korporat, Norfiza Mahfiz berkata, kawasan itu merujuk kepada kawasan perumahan, taman bunga, kawasan lapang, lorong pejalan kaki, lorong basikal, taman rekreasi atau hiburan mahupun padang permainan.

Ia juga membabitkan bulatan lintas, batasan tengah sepanjang jalan, sisian jalan, rizab jalan, sungai, anak sungai, tebing sungai atau sebarang tanah yang diselenggara oleh MPK.

Beliau berkata, penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Taman (UUK) adalah usaha kawalan berterusan agar persekitaran berada dalam keadaan kondusif di samping mendidik masyarakat bertanggungjawab.

Untuk rekod, statistik pengeluaran kompaun kesalahan meletakkan kenderaan di atas padang awam,Undang – Undang Kecil Taman ( MPK ) 2005 -UUK 8(1) bagi 2021 sebanyak 41 dan 2022 pula 57 kompaun dikeluarkan oleh Majlis.

Dalam pada itu,kompaun yang dikenakan MPK mendapat reaksi positif penduduk setempat yang menganggap tindakan pemilik yang meletakkan kenderaan di atas padang awam sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan kerosakan di padang kediaman mereka. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast