Nahas jalan raya yang berlaku di KM 307.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Gopeng, lewat malam tadi.

KUALA LUMPUR – Lapan cedera manakala tujuh yang lain terselamat dalam nahas jalan raya membabitkan sembilan kenderaan di KM 307.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Gopeng, lewat malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 11.06 malam dan Balai Bomba Gopeng dan Tapah bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Operasi, PBK II Mohd Tarmizi Rashid berkata, kemalangan tersebut melibatkan dua buah lori kontena (treler) dan tujuh buah kenderaan lain telah berlanggar dari arah belakang.

Namun, tiada mangsa yang tersepit mahupun meninggal dunia.

Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh anggota bomba sebelum membawa mereka ke Hospital Ipoh.

Operasi selesai pada jam 12.46 tengah malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast