Johari Harun menyampaikan sumbangan sempena Program Kembali Ke Sekolah anjuran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) kepada 30 pelajar dari Kampung Peramu di Serambi Teruntum, semalam.

KUANTAN – Lebih 100 daripada 384 pemilik rumah di Taman Aman Plus di sini yang kediaman mereka mengalami keretakan serius  mendapat perhatian Kerajaan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun berkata, nasib mereka dibela dan pemaju bersetuju untuk menanggung kos pembaikannya.

Kerajaan negeri juga, katanya, sedang berusaha  bersama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi mendapatkan moratarium bagi untuk meringankan pembiayaan peminjam khususnya kepada penjawat awam terlibat.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada kerja pelaksanaan projek pembentungan yang dijangka siap pada Mac depan. Ada juga pembeli yang terpaksa membayar dua rumah termasuk rumah sewa. Jika mendapat moratorium, ia diharap membantu meringankan beban mereka.

“Kerajaan negeri akan berbincang untuk mendapatkan moratorium pinjaman,” katanya.

Johari berkata demikian pada Program Kembali Ke Sekolah anjuran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) kepada 30 pelajar dari Kampung Peramu di Serambi Teruntum semalam juga dihadiri  Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin.

Terdahulu MalaysiaGazette melaporkan terdapat lebih 30 pemilik kawasan berkenaan bingung melihat rumah yang sudah siap mengalami kerosakan serius pada 3 Januari lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pemaju, arkitek Aman Plus diarah baiki kerosakan rumah penduduk

.