Keadaan orang ramai bersesak di sebuah lorong hiburan di Itaewon, Seoul pada malam Halloween pada 29 Oktober 2020 yang berakhir dengan 156 kematian selepas berlaku rempuhan. Foto Twitter

SEOUL – Seramai 23 pegawai kerajaan dirujuk kepada pihak pendakwaan atas kecuaian profesional dan pertuduhan lain selepas siasatan selama 74 hari ke atas kematian 154 orang awam semasa sambutan Halloween di Itaewon, pada akhir Oktober tahun lalu.

Pasukan penyiasat khas polis membuat kesimpulan pihak berkuasa berkaitan gagal mengambil langkah pencegahan terhadap kemungkinan kejadian yang boleh diramalkan sebelum acara tersebut berlangsung.

Pasukan yang terdiri daripada 501 orang itu berkata, pihak berkuasa tidak mengambil langkah sewajarnya walaupun selepas menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan bahaya dan keadaan mendesak di tempat kejadian.

Katanya, kecuaian pihak berkuasa adalah menyalahkan mangsa.

Seramai 159 orang, kebanyakannya wanita dalam lingkungan 20-an, telah terbunuh akibat rempuhan di laluan yang sesak dan padat pada 29 Oktober lalu.

Insiden itu berlaku ketika orang ramai memenuhi laluan di cerun sempit di Itaewon hingga berlaku kejadian tolak menolak antara satu sama lain.

Lebih 100,000 orang berkumpul di daerah hiburan malam yang popular untuk perayaan Halloween tanpa mematuhi arahan memakai pelitup muka sejak penularan wabak Covid-19 pada tahun 2020.

Empat anggota polis, termasuk seorang ketua balai polis di Yongsan yang mentadbir Itaewon, dan dua pegawai Pejabat Wad Yongsan, termasuk ketua pejabat wad, telah dirujuk ke pejabat pendakwa raya atas tuduhan kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian dan sebagainya.

Mereka yang dirujuk kepada pihak pendakwaan tanpa ditahan atas pertuduhan yang sama ialah 17 orang, termasuk pegawai dengan balai polis, pejabat wad, dan balai bomba di Yongsan.

Pasukan penyiasat khas memutuskan untuk tidak menahan mana-mana pegawai daripada kementerian dalam negeri, kerajaan bandar Seoul dan agensi polis kebangsaan bertanggungjawab secara jenayah atas bencana buatan manusia itu. – Agensi