KUALA LUMPUR – Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan kini dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Beliau turut memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

Menurut Anwar, pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data
STR secara berperingkat mulai esok, 17 Januari 2023.

Bagi pembayaran STR Fasa 1, penerima isi rumah akan menerima sebanyak RM300, warga emas yang tiada pasangan dan bujang masing-masing RM100.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang
sama.

Katanya, penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

Malah, semakan status pembayaran akan dibuka mulai esok. – MalaysiaGazette

21 Komen

  1. :Mohon bantuan suri rumah.
    :Mohon bantuan 3 org ank belajar d mahad tahfiz.
    :Mohon bantuan bayaran kemasukkan air dan elektrik rumah spnb .

  2. Apakah pm10 pikir rm100 buat bujang/wargamas tiada pasangan besarrr?? Nampak disini pm10 ikut ckp DAPig ,kalo nakib bisa kasi rakyatnya wang lebih kenapa pm10 x boleh???

  3. saya sebelum ni seorang pelajar dan tidak layak terima bkm. macam mana cara untuk memohon STR ni. saya berstatus bujang.

Comments are closed.