Operasi perniagaan di Astaka Stadium Bandaraya ditutup buat sementara waktu susulan kebakaran pagi tadi. - Gambar FB MBPP.

GEORGE TOWN – Aktiviti perniagaan di Kompleks Astaka Stadium Bandaraya di Jalan Perak di sini, dihentikan serta-merta susulan kebakaran yang memusnahkan lapan lot kedai di kawasan itu pagi tadi.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun, pihaknya akan menyediakan tapak sementara kepada 18 peniaga di lokasi tersebut untuk menjalankan perniagaan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa satu kejadian kebakaran telah berlaku di Kompleks Astaka Stadium Jalan Perak mengakibatkan kemusnahan sebanyak 40 peratus melibatkan lapan lot.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan akan dimaklumkan secara rasmi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang dalam tempoh dua minggu.

“Atas faktor keselamatan, semua aktiviti perniagaan di kawasan itu melibatkan seramai 18 peniaga dihentikan serta-merta sehingga dimaklumkan kelak,” katanya hari ini.

Tambah MBPP, orang awam dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN

Lapan kedai makan Astaka Stadium Bandaraya P. Pinang terbakar

MalaysiaGazette terdahulu melaporkan, lapan lot kedai makan di Astaka Stadium Bandaraya di Jalan Perak di sini, musnah dalam kebakaran.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian jam 7.25 pagi itu meskipun ada beberapa pembantu kedai dilaporkan sedang membuat persiapan membuka perniagaan masing-masing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast