Batik Air
Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan mengumumkan Perkhidmatan Tren KTM Komuter percuma untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negara kecuali tren ETS.

Menterinya, Anthony Loke turut menawarkan tiket percuma untuk golongan pelajar sekolah antara Dabong ke Kuala Gris di Pantai Timur.

Katanya, langkah itu diambil susulan daripada cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Nancy Shukri yang meminta kementeriannya melihat kaedah perkhidmatan percuma untuk golongan OKU, warga emas dan juga pelajar sekolah.

“Saya mengalu-alukan cadangan ini dan beberapa minggu lalu saya mengadakan perbincangan dalam mesyuarat pasca Kabinet bagaimana hendak menambah baik perkhidmatan kita atau menawarkan perkhidmatan percuma kepada golongan sasaran terutama OKU, warga emas dan pelajar.

“Hasilnya dengan penjimatan peruntukan RM15 juta hasil penangguhan khidmat tren komuter dari KL Sentral ke Skypark Subang, saya menawarkan perkhidmatan tren percuma KTM Komuter dan KTM di sebelah Pantai Timur kepada pelajar dan gol OKU bermula bermula 15 Februari ini.

“Perkhidmatan percuma di Pantai Timur ini melibatkan 150 murid sekolah rendah yang menggunakan khidmat tren komuter dari Dabong ke Kuala Gris setiap hari yang tidak perlu membayar RM2 untuk perjalanan pergi dan balik selepas ini.

“Jika murid sekolah pakai uniform sekolah naik keretapi maka dia naik percuma tanpa tambang RM50 sebulan yang boleh dijimatkan selepas ini dan keputusan ini akan saya maklumkan kepada Kabinet tanpa melibatkan peruntukan tambahan,” katanya kepada pemberita di KL Sentral hari ini.

Keduanya, kata Anthony, kementeriannya juga memperkenalkan inisiatif Myrail Komuter dengan tambang serendah RM5 untuk pelajar sekolah tetapi kini mana-mana pelajar yang memiliki kad pelajar serta bukti dokumen pelajar sekolah boleh mendaftarkan diri dengan KTMB untuk menaiki tren komuter secara percuma.

Ia digunapakai untuk murid berusia bawah 12 tahun sahaja buat masa ini.

“Jika kami masih mempunyai peruntukan yang kita boleh tampung mungkin kita akan lanjutkan khidmat percuma ini kepada pelajar sekolah menengah pada masa akan datang.

“Perkara ini saya akan bincangkan dengan KTMB secara lebih lanjut dan kita mahu menguptimumkan peruntkkan yang sedia ada,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast