Orang ramai membeli keperluan asas sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ketika di sebuah Pasaraya di Selayang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 21 JANUARI 2023.

SELAYANG – “Gaji sekadar mencukupi tetapi harga barang keperluan harian semakin meningkat… Macam mana mahu urus bajet kalau begini?”

Demikian keluhan seorang peniaga Rajeswary, 53, yang dilihat berhubung harga barang makanan yang disifatkannya meningkat secara konsisten.

Katanya, walaupun membeli barang mentah daripada pemborong namun harga yang dikenakan tetap mahal.

Orang awam, Rajeswary, 53 bercakap kepada media mengenai isu harga barang serta bekalan keperluan asas sempena perayaan Tahun Baru Cina ketika di sebuah Pasaraya di Selayang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 21 JANUARI 2023.

“Semua barang naik, bawang merah selalu saya beli untuk satu guni kecil RM6.50 sekarang RM8.50. Walaupun beli dengan pemborong sebab saya peniaga, pun barang naik.

“Minyak sapi pun sekarang naik 0.40 sen, ayam sekarang RM9.90,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Selain itu menurut Rajeswary, peniaga restoran sepertinya masih sukar untuk mendapatkan bekalan telur di pasaran.

“Bekalan telur masih lagi susah dapat, ayam pun ada masanya susah,” tambah beliau.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kerajaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mencari penyelesaian yang efisien agar dilema kos sara hidup rakyat dapat ditangani.

“Sekarang kita pun sudah ada Perdana Menteri yang baharu iaitu Datuk Seri Anwar, harap beliau tengok harga barangan keperluan, semak harga lama dan yang ditetapkan dan yang baharu digunakan oleh kebanyakan peniaga,” ujarnya.

Peniaga, Fazli Rizwan, 43 bercakap kepada media mengenai isu harga barang serta bekalan keperluan asas sempena perayaan Tahun Baru Cina ketika di sebuah Pasaraya di Selayang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 21 JANUARI 2023.

Senada dengan Rajeswary, seorang lagi peniaga Fazli Rizwan, 43 berkata beliau masih berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan bekalan telur.

Beliau yakin bekalan telur yang terhad berhubung kait dengan peningkatan harga yang drastik.

“Bekalan telur kurang sekarang, harga pun lebih kurang naiknya. Peniaga terpaksa ambil di tempat yang sudah biasa belilah, tapi ada juga harga naik. Kalau telur di tempat saya selalu beli baru dapat,” beliau berkata.

Suri rumah, Noraini Muslim, 47 bercakap kepada media mengenai isu harga barang serta bekalan keperluan asas sempena perayaan Tahun Baru Cina ketika di sebuah Pasaraya di Selayang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 21 JANUARI 2023.

Sementara itu, suri rumah Noraini Muslim berkata, beliau tidak lagi membeli sepapan telur kerana harganya yang semakin mahal.

Sebaliknya beliau hanya membeli 10 biji telur dalam satu masa untuk berjimat.

“Harga sayur dan bahan mentah memang naik. Telur memang naik stok juga terhad saya sekarang beli yang tray kecil sebab sepapan memang susah dapat.

“Saya beli yang 10 biji sebab tidak ada perubahan harga untuk itu berbanding sepapan yang makin mahal,” katanya.

Bukan itu sahaja, malah Noraini, 47 menambah harga beras juga mulai meningkat.

Ekoran itu, beliau berharap agar kerajaan terkini akan berjaya membuat pembaharuan khususnya membantu rakyat mengawal harga barang keperluan.

“Harap Perdana Menteri baharu kerja dengan betul, baguslah ada indeks prestasi utama (KPI) untuk menteri-menteri supaya boleh tingkatkan mutu kerja mereka.

“Kita berharap kepada Perdana Menteri baharu dapat buat perubahan untuk menangani kos sara hidup. Buat pembaharuan berbanding sebelum-sebelum ini,”tambahnya.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Dah agak lama juga rakyat tertunggu2 keajaiban raja formula sonsang dalam menyelesaikan masalah ekonomi. Sehingga kini formula tersebut masih belum muncul2 lagi malah dilihat para peniaga seakan berlumba2 menaikkan harga barang dan makanan pula!!! Kah..kah..kah..

Comments are closed.