KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) perlu bekerja lebih pantas bagi memastikan bekalan makanan untuk keperluan negara ini sentiasa cukup dan terjamin.
Menterinya, Mohamad Sabu berkata, harapan itu selari dengan tahun baharu yang menandakan tahun arnab.
Jelas beliau, ini kerana umum mengetahui haiwan berkenaan bersifat pantas dan laju.
“Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya termasuklah kepada pegawai dan kakitangan MAFS yang berketurunan Tionghua.
“Semoga kita semua terus bersatu padu dan mendapat kejayaan yang lebih gemilang untuk kebaikan rakyat dan negara kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – MalaysiaGazette