Toh Puan Mahani Idris. Foto Facebook Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin atas pemergian isterinya, Toh Puan Mahani Idris semalam.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah.

“Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Mahani dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini,” menurut hantaran di Facebook Istana Negara hari ini.

Seri Paduka berdua juga mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast