Jacinda Ardern. Foto: FB Jacinda Ardern

ANKARA – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern membuat penampilan di khalayak buat kali terakhir pada Selasa sebelum beliau berundur sebagai perdana menteri.

Beliau bersama penggantinya Chris Hipkins dan Ahli Parlimen yang lain menghadiri mesyuarat di Ratana di sebuah pulau di utara negara itu.

“Saya ingin anda semua tahu apa yang menjadi pengalaman paling berharga buat saya sepanjang menjalankan tugas untuk negara dan rakyat adalah kasih sayang, empati dan kebaikan.

“Itulah nilai yang telah ditunjukkan oleh majoriti rakyat di New Zealand kepada saya dan saya ingin anda tahu bahawa saya meninggalkan tugas ini dengan penuh rasa sayang yang tidak terhingga untuk Aotearoa New Zealand dan penduduknya berbanding ketika saya bermula…

“Terima kasih yang tulus daripada hati saya  atas semua keistimewaan sepanjang hidup saya ini,” katanya dalam ucapan pada pertemuan itu, lapor Agensi Anadolu.

Pada minggu lalu Ardern membuat kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya dan tidak akan bertanding semula pada pilihan raya akan datang.

Penggantinya Hipkins dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Rabu, menurut media kerajaan.

Bagaimanapun, Ardern akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen sehingga April bagi mengelak pilihan raya kecil, memandangkan pilihan raya umum dijadualkan pada 14 Oktober 2023. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast