mahkamah Syed Saddiq pendidikan seks
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan agar pendidikan seks dipertingkatkan lagi di sekolah bagi menangani gejala gangguan seksual melibatkan golongan muda.

Beliau berkata, statistik pada 2019 yang menunjukkan kira-kira 750,000 kanak-kanak di negara ini mengalami gangguan seksual manakala tahun lalu, lebih 100,000 kanak-kanak dilaporkan menjadi mangsa eksploitasi sesual secara maya.

Lebih membimbangkan, katanya, sebahagian pendera adalah individu-individu yang sangat dekat dengan mangsa termasuk bapa mereka sendiri.

“Sebab itu, pendidikan adalah kuncinya. Pendidikan seks seharusnya dipertingkatkan lagi di sekolah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berpandangan, pendidikan seks sepatutnya diberi perhatian terutamanya kepada generasi muda supaya mereka tahu, peka, dan cakna tentang isu seks bebas.

Syed Saddiq memberitahu, mereka seharusnya diberi pendedahan mengenai jenayah seks dan penyakit yang disebabkan oleh seks.

“Pendidikan seks ialah ilmu, bukan benda lucah. Adalah penting untuk mendidik anak-anak kita dengan pengetahuan itu,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast