Laksamana Tan Sri Reza menyerahkan tugas Panglima PTL kepada Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob (kanan) sambil disaksikan Muez dan Tan Sri Affendi Buang dalam Istiadat khas pemakaian pangkat dan serah terima tugas PTL yang diadakan di Wisma Pertahanan Mindef petang Jumaat.

KUALA LUMPUR – Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob secara rasminya dinaikkan pangkat sebagai Laksamana sekaligus dilantik sebagai Panglima Tentera Laut (PTL) ke-18 berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan beliau sekaligus menjadikannya sebagai pegawai submariner pertama yang memegang tampuk pemerintahan TLDM.

Abdul Rahman dilantik sebagai PTL menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang akan bersara wajib pada 13 Ogos ini.

Majlis penuh istiadat TLDM itu telah dihadiri dan disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz.

Laksamana Tan Sri Reza menyerahkan tugas Panglima PTL kepada Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob (kanan) sambil disaksikan Muez dan Tan Sri Affendi Buang dalam Istiadat khas pemakaian pangkat dan serah terima tugas PTL yang diadakan di Wisma Pertahanan Mindef petang Jumaat.

Affendi dan Muez telah memakaikan pangkat kepada Abdul Rahman disusuli serah terima tugas PTL antara Abdul Rahman dan Mohd Reza diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak petang tadi.

Antara yang turut hadir memeriahkan majlis adalah barisan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Untuk rekod, Laksamana Datuk Abdul Rahman telah dilahirkan di Johor Bahru pada 2 Disember 1964 dan telah menyertai TLDM pada 2 Julai 1982 serta ditauliahkan pada 13 Jun 1984.

Panglima PTL kepada Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob bersama ahli keluarganya dalam Istiadat khas pemakaian pangkat dan serah terima tugas PTL yang diadakan di Wisma Pertahanan Mindef petang Jumaat.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau sepanjang perkhidmatannya termasuk Komander Angkatan Kapal Selam, Timbalan Ketua Misi Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao Filipina, Panglima Wilayah Laut 2, Panglima Armada Timur dan Timbalan Panglima Tentera Laut pada 2019.

Kerjaya beliau sebagai seorang submariner bermula pada tahun 1993 apabila memperoleh lencana kepakaran kapal selam setelah menamatkan latihan kapal selam di HMAS PLATYPUS, Australia.

Abdul Rahman seterusnya menjalani Latihan Pengenalan Kapal Selam di Sweden pada tahun 1995 dan di Perancis pada 1999 serta berjaya menamatkan Kursus Asas Kapal Selam Kelas AGOSTA pada tahun 2006 di Perancis.

Laksamana Tan Sri Reza menyerahkan tugas Panglima PTL kepada Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob (kanan) sambil disaksikan Muez dan Tan Sri Affendi Buang dalam Istiadat khas pemakaian pangkat dan serah terima tugas PTL yang diadakan di Wisma Pertahanan Mindef petang Jumaat.

Dalam bidang sukan, Abdul Rahman aktif dalam  tenis dan golf.

Beliau telah mewakili TLDM dalam Sukan Antara Perkhidmatan pada tahun 2022 dan pasukan tenis TLDM muncul juara pada kejohanan tersebut.

TLDM mengucapkan penghargaan kepada  Mohd Reza sepanjang perkhidmatan beliau selama 42 tahun terutamanya ketika memegang jawatan Panglima Tentera Laut sejak 30 November 2018.

Mohd Reza telah meneruskan usaha memodenkan armada TLDM walaupun menempuh pelbagai cabaran, lebih-lebih lagi apabila negara terkesan dengan pandemik Covid-19.

Namun Mohd Reza dan pihak pengurusan tertinggi TLDM dan ATM cekal mencari penyelesaian agar tahap kesiapsiagaan TLDM terus berada di tahap yang optimum dan berupaya untuk menggalas amanah mempertahankan kedaulatan maritim Malaysia.-MalaysiaGazette