Dr. Mohd Yadzil Yaakob

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub mendakwa DAP yang menjadi komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan ingin menjadikan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai batu loncatan bagi mencapai agenda mereka.

Dr Mohd Yadzil berkata, keputusan kerajaan mengimport pakar daripada agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) adalah cara untuk melemahkan politik Melayu.

“Di Singapura, banyak dasar dan polisi seperti Kuota Perumahan, GRC (Group Representation Constituency – Sistem perwakilan undi) dan skim penempatan semula bandar terbukti berjaya melemahkan kuasa politik orang Melayu.

“Inilah konsep dan idea HDB. Hari ini konsep ini cuba diperluas ke seluruh Malaysia oleh Menteri KPKT. Di Pulau Pinang, DAP sudah berjaya, kini sasarannya Persekutuan.

“DAP mahu jadikan KPKT sebagai batu loncatan untuk mencapai agenda mereka. Jika agenda licik ini berjaya, ia malapetaka kepada orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka itu merujuk kepada cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang mengumumkan kerajaan Singapura bersetuju menghantar beberapa pakar HDB Februari ini untuk berkongsi kepakaran dengan Malaysia.

Mengulas lanjut, Dr Yadzil turut mempersoalkan sikap berdiam diri UMNO dalam keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

“Sehingga kini langsung tiada pemimpin UMNO bersuara.  Yang lantang bersuara dan berani mendedahkan agenda licik DAP ini cuma pemimpin Perikatan Nasional.

“Nak harapkan Perdana Menteri? Maaf, saya tidak yakin hak-hak istimewa orang Melayu terjamin di bawah kepimpinan beliau. DAP telah lama merancang, kita Melayu yang masih leka,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. meLAYU yang bersekongkol dengan DAPIGS…..apa aku kisah…yang penting esok aku masih Hidup dan cari masih boleh makan….Jangan lupa JANJ2I MUNAFIK GOLONGAN P H campuran…..dibawah ZAHID ANWAR MAT SABU RAFIZI pakar FORMULA TEMBERANG

Comments are closed.