KUALA LUMPUR – Human Resource Development Corporation (HRD Corp) kekal komited dalam memastikan aspirasi pembangunan bakat dengan menyediakan inisiatif peningkatan dan latihan semula kemahiran kepada warga Malaysia.
Sepanjang tahun 2022, sebelum pelaksanaan proses kelulusan bersyarat geran 24 jam, sebanyak 242,158 permohonan geran telah diproses oleh HRD Corp dengan sejumlah hampir RM1 bilion bantuan kewangan diluluskan kepada lebih 24,000 majikan.
Bercakap dengan MalaysiaGazette, Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood berkata, pada tahun ini bermula 9 hingga 25 Januari lepas, pihaknya telah berjaya memproses 10,035 permohonan dengan jumlah bantuan kewangan lebih RM42 juta diperuntukkan setakat 25 Januari 2023 kepada 4,475 majikan.
“Ketika kami baharu ditubuhkan pada 1993, kami hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk mengutip levi daripada majikan serta membiayai program latihan pekerja mereka.
“Kini dari kami yang dahulunya dikenali sebagai Human Resources Development Fund (HRDF), kita sudah berkembang menjadi pemangkin aspirasi latihan pembangunan dengan memberi peluang kepada rakyat Malaysia dalam pelbagai sektor penempatan, pekerjaan serta penjanaan pendapatan.
“Itu juga yang telah memberi kami motivasi untuk terus perkenalkan pelbagai inisiatif termasuklah kelulusan geran 24 jam ini, dulu pada 2022 ketika kita luluskan hampir RM1 bilion bantuan kewangan kepada 24,000 majikan, HRD Corp ambil masa sekitar 139 jam 33 minit iaitu lebih daripada lima hari bekerja,” katanya.
Menerusi pengenalan mekanisme lulus bersyarat geran 24 jam, menurutnya, majikan hanya perlu membuat pengisytiharan sendiri untuk semua dokumen yang membolehkan sistem melakukan penilaian awal penyerahan dan memberikan kelulusan bersyarat ke atas permohonan.
“Sebenarnya proses ini telah mengurangkan masa menunggu daripada 48 jam kepada 24 jam. Tahun ini dalam tempoh 15 hari, kita berjaya luluskan 10,035 permohonan dengan komitmen dana sebanyak RM42 juta,” katanya.
Menurut Shahul lagi, HRD Corp juga telah mempercepatkan proses semakan manual mereka untuk semua permohonan geran pada masa ini.
Sebagai contoh, daripada jumlah penyerahan geran yang disemak antara 9 hingga 25 Januari, 6,699 (65.9%) permohonan telah diproses dalam tempoh 24 jam, 1,804 permohonan telah diproses dalam tempoh 48 jam dan hanya 1,658 permohonan (16.3%) diproses dalam masa lebih daripada 48 jam.
“Ini mengurangkan purata keseluruhan masa pemprosesan kami kepada 22 jam 59 minit,” ujarnya.
Menurut Shahul, selain daripada inisiatif ini, HRD Corp juga bakal memperkenalkan program latihan gaya bootcamp kepada 600 jurulatih dan penyedia latihan aktif serta berprestasi tinggi.
“Bootcamp ini akan membantu mereka dalam membina kemahiran penting untuk latihan bagi menjadi yang terbaik dan ketika ini kita sudah menyasarkan enam bootcamp dengan tiga daripadanya akan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
“Selain itu, kami turut memperkukuh Rangka Kerja Pembangunan Jurulatih (TDF) kami yang direka khas untuk mewujudkan kumpulan jurulatih berwibawa yang lebih besar untuk menyokong majikan berdaftar kami dengan lebih berkesan,” katanya.
Dalam pada itu, HRD Corp juga telah memulakan proses memperkasakan pejabat cawangan dengan menyatukannya sebagai lima pejabat serantau bagi menyelesaikan isu dan juga membuat keputusan pantas khusus untuk majikan dan penyedia latihan yang berpangkalan di wilayah masing-masing.
“Ini meliputi permohonan, pemprosesan dan kelulusan geran. HRD Corp akan membuka ruang latihan yang terdapat di beberapa cawangan kepada jurulatih dan penyedia latihan untuk menjalankan program latihan mereka. Ini akan dilaksanakan secara ‘siapa cepat dia dapat’ dengan caj minimum.
“Kita juga sebagai organisasi yang mempunyai rangkaian luas rakan kongsi dari institusi pengajian tinggi seluruh dunia bertindak sebagai ‘jambatan’ antara institusi tersebut dengan penyedia latihan supaya lebih banyak program baharu untuk masa hadapan,” jelas Shahul. – MalaysiaGazette
Shahul CEO HRDF penyamun dan kini penipu – Menteri DAP Sivakumar rakan baru beliau ‼️
Semua yang HRDC ini kata nak buat pada 2023 adalah bagus, walaupun banyak masih dalam perancangan, tetapi mohon jawab berapa banyak wang yang telah dibelanjakan oleh Datuk Shahul Hameed untuk buat EVENT pada tahun 2021 dan 2022?, juga siapa yang dapat kontrak dan apakah peranan pegawainya yang bernama Vivien bekas CEO MyEVENTS dan suaminya dalam semua event tersebut.
Shahul Hameed juga telah banyak menyondol duit dengan bersubahat dengan Amin Bangla Bestinet dalam cubaan pembelian bangunan Wisma Ikhlas di Putrajaya melalui Crystal Clear dan melalui jual beli kuota pekerja asing sebanyak RM1,500 satu kepala dibantu juga oleh Datuk Asri Ab Rahman DG JTKSM.
Shahul Hameed juga banyak mendapat habuan komisen melalui projek IT HRDCORP. Siapa dibelakang suarikat Solsis Sdn Bhd? – check ssm anda akan tahu dalang disebaliknya
Ada banyak lagi cerita Shahul Hameed mencuri melalui pihak ketiga dana HRDCorp, semua ini harus dijawab.
Pemungut wang Shahul Ghazali dan Nasir – sudah kaya raya mengaut berjuta -juta ringgit.
Inisiatif baru ini semua adalah usaha orang lain dan bukan Shahul Hameed, CE hanya pandai merompak dana dan membeli orang politik.
Tahu sekarang Menteri DAP nak simpan Shahul lagi❓