Gambar yang dimuatnaik Hishammuddin dalam laman sosial bagi menyatakan perasaannya digantung enam bulan oleh UMNO.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini tampil dengan reaksi pertamanya selepas dikenakan hukuman gantung keahliaan UMNO selama enam tahun.

“Their evil must not make us lose our good (Kejahatan mereka tidak akan menyebabkan kita kehilangan kebaikan kita)” tulisnya ringkas di media sosialnya.

Tulisan itu yang turut dimuat naik bersama sekeping gambarnya berpelukan dengan salah seorang penyokong setianya.

Reaksi itu juga mendapat respon bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dipecat dari UMNO semalam yang menyifatkan keputusan parti bukanlah satu pengakhiran.

“Siapa sangka selama bertahun-tahun yang lalu ini akan menjadi sebahagian daripada perjalanan kita bersama. Tetapi, seperti yang saya katakan, itu bukan penamat. Ia jauh dari penghujung,” tulisnya dalam ruangan komen.

MalaysiaGazette difahamkan Hishamuddin ketika ini berada di luar negara.

Dalam pada itu, UMNO Bahagian Sembrong akan menyatakan pendirian susulan penggantungan ketua bahagian mereka pada satu satu sidang media khas esok.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Abd Ghani Abd Rashid berkata, sidang media akan diadakan selepas Mesyuarat Khas UMNO Bahagian Sembrong.

“Esok akan diadakan Mesyuarat Khas UMNO Bahagian Sembrong. Selepas mesyuarat sekitar pukul 5 petang, kami akan buat adakan sidang media. Pendirian UMNO Bahagian Sembrong akan dibacakan bekas Setiausaha Akhbar Datuk Seri Hishammuddin yang juga Ketua Pemuda UMNO Sembrong, Hafiz Ariffin,” katanya kepada media hari ini.

Selain Khairy, seorang lagi pemimpin UMNO iaitu bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat sebagai ahli UMNO dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu berlangsung kelmarin berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

 Malah beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuklah Hishammuddin, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd. Sharif dan Ketua Bahagian UMNO Tebrau, Datuk Maulizan Bujang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kejahatan itu yang menyebabkan UMNO kalah teruk. Niat hati tamak dan gila kuasa nak jadi PM itu nembawa kepada kifarah. Sekarang nah amek kau. Pengkhianat parti.

Comments are closed.