Anggota APM bantu mengangkat barang di rumah mangsa banjir sekitar Bandar Baharu, Kedah hari ini.

BANDAR BAHARU  – Kira-kira tiga kampung dalam daerah ini terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat lebih dua jam petang tadi.

Antara kampung terbabit adalah Kampung 300 Kaki, Kampung Paya Semambung dan Kampung Kilang Batu di Mukim Relau.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah berkata, seramai 14 mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Relau.

Jelas beliau, mangsa yang dipindahkan itu dari Kampung Kilang Batu dan Kampung 300 Kaki.

“Banjir kilat mula berlaku pada jam 4.20 petang selepas hujan lebat lebih dua jam kira-kira jam 3 petang tadi.

“Anggota kami turut membantu angkat barang-barang mangsa dan operasi penyelamatan masih dilakukan.

“APM Bandar Baharu turut melakukan pemantauan paras air sungai dan mendapati paras air sungai di kawasan yang dilanda banjir kilat juga berada dalam keadaan waspada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, jalan perhubungan penduduk di Mukim Relau berhampiran klinik desa juga didapati ada yang sudah terputus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast