Seorang anggota tentera komando ditemui mati lemas semasa menjalani kursus juruselam di kawasan perairan Pulau Undan, Merlimau, Melaka petang tadi.

JASIN – Seorang anggota tentera komando dikhuatiri lemas semasa menjalani kursus juruselam di kawasan perairan Pulau Undan, Merlimau di sini petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Syakirin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 5.31 petang tadi mengenai kejadian itu.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati seorang mangsa lelaki berbangsa Dusun dipercayai telah lemas.

“Mangsa berusia 25 tahun adalah anggota tentera Unit Komando, Lans Koperal Edrin Baitim dikhuatiri lemas bersama peralatan menyelam semasa menjalani kursus juruselam di kawasan perairan Pulau Undan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurutnya, setakat puku; 8.25 malam ini, operasi mencari mangsa sedang dijalankan dengan kekuatan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan BBP Melaka Tengah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast