R. Kogileswaran.
R. Kogileswaran.

KUALA LUMPUR – Penyerang skuad kebangsaan, R. Kogileswaran sah menyarung jersi bernombor 70 bersama kelab divisyen dua Liga Korea, Chungbuk Cheongju bagi mengharungi saingan musim 2023.

Perkara itu dikongsikan oleh Harimau Abroad di mana baru-baru ini Chungbuk Cheongju mengeluarkan senarai pemain dengan nombor jersi yang bakal digunakan oleh barisan pemain dan Kogileswaran diberikan jersi bernombor 70.

Baru-baru ini, pihak kelab memberikan perkembangan terkini mengenai pemain berusia 24 tahun itu di mana dia sudah mula menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan.

Menurut hantaran yang digunakan oleh kelab, Kogi sedang menyesuaikan diri dengan hidup di Korea selain bersama rakan sepasukan dan bukannya mengalami kecederaan seperti yang diperkatakan di laman media sosial.

Sebelum ini, Kogileswaran menjelaskan nasihat daripada ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon merupakan antara faktor utama yang mendorongnya membuat keputusan untuk berkelana ke Korea Selatan.

Bekas pemain PJ City itu turut menjadikan sepupunya, Titus James Palani sebagai inspirasi untuk mengikut jejak langkah beraksi di luar negara.

Titus sebelum ini pernah menyertai beberapa kelab divisyen bawahan di Perancis.

Kogi menjadi pemain kedua dari rantau Asia Tenggara dalam saingan K2 di mana sebelumnya ketua pasukan skuad kebangsaan Indonesia, Asnawi Mangkualam beraksi bersama Jeonnam Dragons. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast