KUALA LUMPUR – Keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang meluluskan usul jawatan Presiden dan timbalannya tidak dipertandingkan bukan alasan untuk mendakwa bahawa demokrasi sudah mati dalam parti itu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keputusan itu dibuat secara demokratik melalui proses undian yang menyaksikan hanya 60 daripada kira-kira 2,000 perwakilan yang membantah.
“Siapa kata demokrasi sudah mati dalam UMNO?” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Pada 14 Januari lalu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Perhimpunan Agung UMNO tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan termasuk menghalang pemilihan jawatan tertinggi parti dijalankan setiap tiga tahun atau pun membuat penangguhan.
Mohd. Puad menambah, dalam demokrasi ada pengundian dan menang dengan majoriti satu undi pun adalah demokratik.
“Tidak ada siapa boleh mendakwa definisi demokrasinya adalah tulen.
“Demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan juga adalah demokrasi mengikut acuan Malaysia,” jelasnya.
Beliau memberitahu, pemecatan dan penggantungan juga adalah demokrasi dan tindakan itu diputuskan oleh MKT setelah dicadangkan oleh Lembaga Disiplin UMNO.
“Ada yang tidak mahu merayu, mereka itulah yang menolak demokrasi,” katanya.
Mohd. Puad percaya UMNO tetap meriah malah ramai yang menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden, ketua sayap, ketua bahagian dan ketua cawangan. – MalaysiaGazette
Pakcik Puad ni idea bebetul meriahlah…
Disarankan beliau buat persembahan dihari pengundian pemilihan nanti kerana itu akan “menpertawakan” setiap perwakilan yang hadir dimana UMNO juga dapat menjimatkan kos untuk menjemput juru lawak