KUANTAN – Kejadian banjir lumpur di sekitar kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik, Bentong, Pahang petang tadi menjejaskan 15 buah premis perniagaan dan lima buah kediaman.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bentong, Azizah Husain, kejadian kepala air berlaku selepas hujan berlarutan sejak pagi tadi di kawasan tersebut.

Hujan berterusan di Bukit Tinggi mengakibatkan kejadian banjir lumpur di Bukit Tinggi dan Bentong, Pahang.
Foto: Media sosial

Beliau berkata, antara premis perniagaan dan kediaman yang terjejas ialah Kampung Bukit Tinggi dan Kampung Janda Baik, namun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Difahamkan, laluan lama Bentong ke Kuala Lumpur selepas laluan naik ke Janda Baik ditutup kepada kenderaan ringan, selain laluan di Seksyen 43.4 jalan lama Bentong – Kuala Lumpur ditutup akibat banjir lumpur.

Kejadian banjir lumpur di Bukit Tinggi petang tadi.
Foto: media sosial

Bagaimanapun, katanya, sehingga jam 8.20 malam ini,tiada keperluan untuk pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Azizah berkata, APM dan semua agensi berkaitan kini dalam proses pembersihan di semua premis yang terjejas.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast