Gambar hiasan.

SEREMBAN – Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supt Amran Mohd Gani berkata, polis menerima maklumat pada pukul 4.35 petang daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat bayi yang dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg berwarna kuning.

“Kita percaya bayi perempuan tersebut baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam. Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kes ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi hotlineIbu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau ke balai polis berhampiran. – Bernama